Baka Durian yang di jual di nursery kami

Anak Durian Tok Litok

Durian Tok Litok antara baka durian tua di Kelantan agak popular di negeri ini. Isinya berwarna kuning puteh, dengan rasa lemak dan manis sederhana. Kelebihan utama Tok Litok ini, nisbah  isi yang besar berbanding saiz buah. Antara durian semulajadi yang mempunyai biji kasep/kepek. Tok Litok ini mempunyai peminatnya tersendiri. Sekiranya tuan puan berminat merasai Tok Litok boleh singgah di Base Camp Jeli Kelantan iaitu laluan jalan raya Timur Barat ketika musim durian sekitar Ogos - September.
Image
Video Anak Durian Tok Litok di tapak nurseri yang telah dibooking oleh pelanggan

Anak tinggi 1 - 1.5 kaki

Image
Image
Image
  • ketinggian anak : 1 - 1.5 kaki ( 25 -45 cm)
  • Usia anak pokok : 3 - 5 bulan
  • Harga sepokok : RM 16